Pengikut

Ahad, 30 Mei 2010

Alyah Juara Malam Kemuncak Gah 1 Musim Ke7


Datuk Seri Dr Rais Yatim (dua, kiri) memberi tepukan kepada penyanyi baru, Alyah (kanan) yang muncul juara GAH1 sempena Malam Kemuncak GAH1 di Surf Beach Sunway Lagoon, malam tadi. Turut kelihatan ialah Ajai (kiri) yang merupakan pencipta lagu Tak Mungkin Kerana Sayang - Foto BERNAMA

PETALING JAYA: Penyanyi berbakat besar, Alyah menjadi juara keseluruhan pada Malam Kemuncak Gah 1 musim ketujuh yang berlangsung di Surf Beach, Sunway Lagoon, malam tadi.

Lagu Tak Mungkin Kerana Sayang (komposer: Ajai / penulis lirik: Habsah Hassan) dendangan juara pusingan ke-4 itu membolehkannya menjuarai Anugerah Lagu Terbaik Gah 1 dan Anugerah Persembahan Terbaik.

Ini bermakna Alyah mengikuti jejak langkah juara terdahulu seperti Misha Omar menerusi lagu Pulangkan pada musim pertama, Jaclyn Victor (musim kedua), Yazer dan Hazama - Lagu Jiwa Lagu Cinta (musim ketiga), Adibah Noor - Terlalu Istimewa (musim keempat), Ramlah Ram - Ketentuan (musim kelima) dan Meet Uncle Hussain - Lagu Untukmu (musim keenam).

Alyah membawa pulang hadiah berjumlah RM50,000 iaitu RM40,000 untuk Anugerah Lagu Terbaik dan RM10,000 (Persembahan Terbaik) yang disampaikan oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim.

1 ulasan:

  1. Salam Kasih,

    Kak sweetie tertinggal pulak rancangan ni. Alyah ni suara ni best juga ya.Tahniah pada yg berjaya

    BalasPadam