Pengikut

Ahad, 20 Jun 2010

Lagi Siti Membazir........


Membazir lagi! Ni cerita baru yang aku baca dekat Gosip Artis Malaysia.....

Maaflah, aku memang tak berapa suka dengan dia " walaupon aku tahu ramai peminat dia kat luar sana" Kalau dah namanya orang kaya, nombor plat kereta berharga RM100,000 pun sanggup dibeli. Nombor plat KCT 1.

Kalau akulah ada RM100,000 tak ada kerja nak beli plat kereta guna duit tue. Banyak lagi kita boleh gunakan dengan duit sebanyak 2. Allah kan dah berkata MEMBAZIR tu amalan Syaitan, jadi kalau kita membazir kita juga dalam golongan itu. Tak takut ke?

Aku bukan dengki! tapi aku pekil, makin kaya seseorang itu, semakin banyak pembaziran yang dia orang buat. Tak terpikir ke pahala yang diaorang dapat kalau membatu orang-orang yang sangat memerlukan bantuan. Bukan hanya berkira " saya dah buat, saya dah bagi & saya dah sediakan". Jika kita ikhlas jangan berkira berapa banyak kita memberi..... tangan sentiasa menghulur tak kira masa. Hidup sementara je kat dunia ni, yang penting akhirat.

Insaflah Siti!

Isnin, 7 Jun 2010

Cinta Kasih

All0humma inni as aluka hubbaka wa hubba man yuhibbuka wa hubban yuballighuni hubbak

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-MU agar tetap mencintai-MU danmencintai orang yang cinta kepada-MU serta cinta yang mengatarkan diriku mencinatai-MU

Air Mata Kasih

KasihNya.......

Bila ku teringatkan kasihNya pasti air mata ku mengalir........

Bila ku teringat dosaku-dosaku padaNya pasti air mata ku mengalir....

Bila ku teringatkan Agungnaya Dia pasti air mataku mengalir.....

Bila ku teringat limpahan rezeki yang diberiNya pasti air mata ku mengalir...

Dia lah Kasih ku.... Allah S.W.T


Ahad, 30 Mei 2010

Alyah Juara Malam Kemuncak Gah 1 Musim Ke7


Datuk Seri Dr Rais Yatim (dua, kiri) memberi tepukan kepada penyanyi baru, Alyah (kanan) yang muncul juara GAH1 sempena Malam Kemuncak GAH1 di Surf Beach Sunway Lagoon, malam tadi. Turut kelihatan ialah Ajai (kiri) yang merupakan pencipta lagu Tak Mungkin Kerana Sayang - Foto BERNAMA

PETALING JAYA: Penyanyi berbakat besar, Alyah menjadi juara keseluruhan pada Malam Kemuncak Gah 1 musim ketujuh yang berlangsung di Surf Beach, Sunway Lagoon, malam tadi.

Lagu Tak Mungkin Kerana Sayang (komposer: Ajai / penulis lirik: Habsah Hassan) dendangan juara pusingan ke-4 itu membolehkannya menjuarai Anugerah Lagu Terbaik Gah 1 dan Anugerah Persembahan Terbaik.

Ini bermakna Alyah mengikuti jejak langkah juara terdahulu seperti Misha Omar menerusi lagu Pulangkan pada musim pertama, Jaclyn Victor (musim kedua), Yazer dan Hazama - Lagu Jiwa Lagu Cinta (musim ketiga), Adibah Noor - Terlalu Istimewa (musim keempat), Ramlah Ram - Ketentuan (musim kelima) dan Meet Uncle Hussain - Lagu Untukmu (musim keenam).

Alyah membawa pulang hadiah berjumlah RM50,000 iaitu RM40,000 untuk Anugerah Lagu Terbaik dan RM10,000 (Persembahan Terbaik) yang disampaikan oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim.

Ahad, 23 Mei 2010

Kasih



Kasih itu sabar,
Kasih itu murah hati,
Ia tidak cemburu.

Ia tidak memegahkan diri dan tidak sombong.

Ia tidak melakukan yang tidak sopan dan tidak mencari keuntungan diri sendiri.

Ia tidak pemarah dan tidak menyimpan kesalahan orang lain.

Ia tidak bersukacita karena ketidakadilan, tetapi karena kebenaran.

Ia menutupi segala sesuatu, sabar menanggung segala sesuatu."